Atas undangan Menteri Pertahanan China, Liang Guanglie, Setiausaha pertahanan A.S., Robert Gates tiba di Beijing pada 9 Januari lalu, untuk mengadakan lawatan selama 4 harinya di China. Ini merupakan permulaan rasmi yang pertama kali dilakukan antara pihak tentera peringkat tinggi kedua-dua negara sejak ditangguhkanya pada awal tahun lalu akibat isu penjualan senjata A.S. kepada Taiwan. Pakar berkenaan menyifatkan lawatan Robert Gates kali ini sebagai satu "isyarat positif" kepada perkembangan hubungan China-A.S. Walau bagaimanapun, kedua-dua pihak masih perlu meningkatkan lagi persefahaman antara satu sama lain dan menangani perselisihan dengan baik untuk memastikan hubungan tentera kedua-dua pihak berkembang secara sihat dan stabil.
Lawatan Robert Gates kali ini dianggap bukan pertukaran lawatan tentera yang biasa, sebaliknya lawatan yang mewakili kerajaan Barack Obama dilakukan menjelang lawatan Presiden China, Hu Jintao ke A.S. Ketua Jabatan Pengajian Kawalan Ketenteraan dan Keselamatan Institut Hubungan Antarabangsa Moden China, Yang Mingjie berkata: "Pertukaran ketenteraan peringkat tinggi yang dipulihkan pada awal tahun ini merupakan satu isyarat positif kepada perkembangan hubungan strategik China-A.S. pada masa akan datang."
Dalam tempoh lawatannya, Robert Gates akan bertemu dengan Presiden China, Hu Jintao, Naib Presiden, Xi Jiping dan beberapa pegawai kanan tentera seperti Liang Guanglie dan Xu Caihou. Menurut Robert Gates, peningkatan dialog mempunyai erti yang amat penting kepada perkembangan hubungan tentera yang kekal stabil antara kedua-dua pihak. Kedua-dua pihak juga boleh melakukan kerjasama dalam "isu-isu yang berkait dengan kepentingan stratgik bersama", seperti isu nuklear Semenanjung Korea, isu nuklear Iran dan usaha membanteras keganasan.
Penjualan senjata yang bernilai 6 bilion dolar A.S. oleh kerajaan A.S. kepada Taiwan pada 1 Januari tahun lalu menyebabkan pertukaran ketenteraan peringkat tinggi antara China dengan A.S. ditangguhnya dalam jangka panjang. Selain itu, operasi perisikan yang sering dilakukan oleh tentera A.S. di kawasan perairan Laut Timur dan Laut China Selatan pada tahun lalu, juga menjadi halangan kepada pertukaran ketenteraan China-A.S. Pada akhir tahun lalu, A.S. telah mengadakan latihan tentera bersama dengan Jepun dan Republik Korea secara besar-besaran di kawasan perairan Luat Kuning, China. Menurut pihak China bahawa hubungan tentera dua hala yang dijalinkan oleh negara terlibat sepatutnya tidak seharusnya menjejaskan kepentingan pihak ketiga, termasuk China.
Pakar isu keselamatan strategik dari Universiti Pertahanan China, Prof. Meng Xiangqing berkata, pihak A.S. perlu memikul tanggungjawab atas pertukaran ketenteraan peringkat tinggi yang sentiasa terputus antara kedua-dua pihak. Menurut beliau, penjualan senjata kepada Taiwan akan menjadi isu utama yang dibincangkan dalam tempoh lawatan Robert Gates kali ini. Beliau berkata: "China tetap berhasrat mengembangkan hubungan dengan A.S., khususnya pertukaran ketenteraan kedua-dua negara dapat kekal stabil. Dalam konteks ini, isu penjualan senjata perlu diselesaikan dengan terlebih dahulu kerana ia menjejaskan kepentingan teras pihak China. Oleh yang demikian, isu tersebut akan menjadi fokus dalam lawatan Robert Gates kali ini."