Menteri Pertahanan China, Liang Guanglie dan Setiausaha Pertahanan A.S., Robert Gates telah mengadakan rundingan di Wiama Bayi, Beijing pagi tadi. Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan mengenai keselamatan serantau, hubungan pasukan tentera antara kedua-dua negara dan isu-isu yang menjadi perhatian bersama.
Sebelum itu, Liang Guanglie telah mengadakan upacara menyambut kedatangan Robert Gates secara besar-besaran di wisma tersebut.
Robert Gates telah tiba di Beijing malam semalam untuk mengadakan lawatan rasmi selama empat hari ke China.