Cari:
Lawatan Hu Jintao ke A.S. Akan Bawa Erti Sejarah
2011-01-13 11:06:34 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden Hu Jintao akan mengadakan lawatan rasmi ke A.S. dari 18 hingga 21 Januari atas undangan Presdien A.S. Barack Obama. Duta Besar A.S. di China, Jon Hunsman semalam menyatakan bahawa pertemuan ketua-ketua negara itu mempunyai erti yang luar biasa, kerana mereka mewakili dua entiti ekonomi yang paling besar di dunia. Jon Hunsman menambah, Presiden A.S., Barack Obama telah mengadakan 7 kali pertemuan dengan Presiden Hu jintao dalam tempoh lebih setahun yang lalu. Pertemuan yang bersifat mekanisme, seperti dialog dalam sektor strategik dan ekonomi antara A.S. dengan China dijalankan dengan lancar. Sukar untuk mengelakkan berlakunya perselisihan dalam proses perkembangan hubungan antara A.S. dengan China yang menjadi semakin intensif. Tetapi, memandangkan kata sepakat yang tercapai jauh lebih banyak daripada perselisihan, kepentingan bersama milik China dan A.S. akan bertambah semakin banyak pada masa yang akan datang.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China