Dalam ucapannya yang disampaikan dalam majlis jamuan tengah hari yang dianjurkan oleh Dewan Perdagangan A.S.-China semalam, Gary Locke menyatakan bahawa sektor perusahaan A.S. meningkatkan hubungan kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan China boleh membantu memperbaiki kehidupan penduduk China, sekali gus menambah peluang pekerjaan dalam negara sendiri.
Beliau menyatakan bahawa hubungan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara A.S. dan China telah memasuki tahap yang penting. China sekarang ialah entiti ekonomi kedua terbesar di dunia. Kerjasama A.S.-China akan menyediakan dasar yang baik kepada pembangunan ekonomi sejagat yang berterusan.