Eksport A.S. ke China dijangka akan meningkat sekali ganda dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang dan pada 10 tahun kemudian, China mungkin akan menjadi rakan dagang terbesar A.S.. Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Perbendaharaan A.S., Timothy Geithner dalam sidang akhbar semalam.
Beliau memaklumkan peningkatan eksport negara itu ke China kira-kira mencatat dua kali ganda berbanding peningkatan eksport ke pasaran yang lain. Hubungan ekonomi dan perdagangan yang erat dengan China bermakna kepentingan ekonomi yang raksasa bagi A.S..
Kini, China dan A.S. saling merupakan rakan dagang kedua terbesar bagi pihak lain.