Cari:
China dan A.S. Patut "Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing"
2011-01-15 14:40:47 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pada masa menjelang lawatan Presiden China, Hu Jintao ke A.S., Setiausaha Negara A.S., Hillary Clinton semalam menyatakan bahawa dalam tempoh 30 tahun yang lalu selepas terjalinnya hubungan diplomatik antara China dengan A.S., China telah mencapai pembangunan yang ketara. A.S. yang telah mendapat faedah daripada pembangunan China, mengalu-alukan kebangkitan China dan menantikan China bukan sahaja berusaha membasmikan kemiskinan dalam negaranya, tetapi juga membawa kemakmuran dan peluang kepada negara luar.

Hillary Clinton juga membantah konsep seperti "ancaman China" dan "China dan A.S. tidak mungkin mencapai saling menguntungkan". Beliau berpendapat, ini akan mengakibatkan konflik yang bersifat "perang dingin" dan kemerosotan A.S.. Beliau menegaskan, jika A.S. dan China tidak mewujudkan "berat sama dipikul, ringan sama dijinjin", ia akan mengakibatkan kekacauan yang bukan sahaja menjejaskan rakyat kedua-dua negara, bahkan rakyat di seluruh dunia.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China