Lawatan Presiden China, Hu Jintao ke A.S. yang akan datang amat penting bagi masa depan perkembangan hubungan antara kedua-dua negara ini.
Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Negara A.S., Henry Kissinger.
Menurut beliau, A.S. dan China sepatutnya melaksanakan kerjasama yang lebih rapat dan berterusan. Menstabilkan hubungan bergantung kepada pertukaran pandangan secara tulus ikhlas dan kerap mengadakan dialog serta bersama-sama menyedari bahawa kerjasama ini membawa manfaat kepada seluruh dunia.
Beliau juga mencadang kedua-dua negara ini membuat persiapan untuk menghadapi situasi yang baru dan meningkatkan rasa saling mempercayai dari segi strategik.