Cari:
Lawatan Hu Jintao ke A.S. Bawa Makna yang Besar
2011-01-16 17:24:06 CRI Cetak

Lawatan rasmi Presiden China, Hu Jintao ke A.S. yang akan datang akan membawa makna yang besar untuk menggalakkan hubungan antara kedua-dua negara ini.

Demikian dinyatakan oleh Duta Besar China ke A.S., Zhang Yesui di Washington hari ini.

Menurut beliau, kepentingan bersama China dan A.S. jauh lebih besar berbanding dengan perselisihan pendapat. Dialog dan kerjasama ialah kandungan utama dalam perkembangan hubungan kedua-dua negara ini. Memandangkan keadaan negara yang berbeza, terdapat China dan A.S. mempunyai perselisihan pendapat adalah hal yang biasa. Kedua-dua negara ini perlu menghormati dan memelihara kepentingan teras dan prihatin antara satu sama lain, serta menyelesaikan masalah melalui dialog dan rundingan.

Menurut beliau, hubungan China-A.S. yang stabil dan menuju ke hadapan bukan sahaja bermanfaat kepada rakyat kedua-dua negara ini, tetapi juga berfaedah bagi keamanaa, kestabilan dan pembangunan rantau Asia Pasifik, bahkan seluruh dunia. Lawatan Presiden Hu Jintao nanti akan membantu hubungan China-A.S. melonjak ke satu tahap yang lebih tinggi.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China