Cari:
Zhang Yesui: Lawatan Hu Jintao ke A.S. Amat Besar Maknanya bagi Eratkan Hubungan China-A.S. pada Era Baru
2011-01-17 14:45:41 CRI Cetak

Presiden China, Hu Jintao akan mengadakan lawatan rasmi ke Amerika Syarikat mulai 18 hingga 21 Januari ini. Sebelum lawatan ini, Duta Besar China ke A.S., Encik Zhang Yesui telah diwawancara oleh wartawan CRI. Beliau menyatakan bahawa lawatan Presiden Hu ke A.S. kali ini merupakan peristiwa penting dalam hubungan dua hala China-A.S. dan amat besar maknanya bagi mempererat hubungan tersebut.

Zhang Yesui berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-40 pemulihan hubungan diplomatik China-A.S. dan juga permulaan dekad kedua abad ke-21 yang penuh dengan perubahan dan cabaran.

"Kini, hubungan China-A.S. yang sudah terjalin sekian lama sedang berada pada tahap yang penting kerana menghadapi pelbagai cabaran yang baru. Oleh itu, lawatan Presiden Hu pada masa ini amat besar maknanya bagi memperkukuh hubungan kedua-dua negara."

Sebelum ini, Encik Zhang Yesui telah merumuskan beberapa ciri yang diperlihatkan dalam hubungan China-A.S.

Yang pertama, dialog dan komunikasi antara kedua-dua negara kerap diadakan. Dalam masa dua tahun yang lalu, Presiden Hu dan Presiden Barack Obama telah mengadakan pertemuan sebanyak tujuh kali. Mereka juga selalu berhubung antara satu sama lain melalui telefon atau surat. Selain itu, terdapat lebih 60 mekanisme dialog antara China dengan A.S. telah dibentuk. Antaranya, yang paling penting ialah mekanisme Dialog Strategik dan Ekonomi China-A.S..

Kedua, hubungan ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara kian rapat. Kini, China dan A.S. masing-masing merupakan rakan dagang kedua terbesar antara satu sama lain. Pada tahun 2010, jumlah perdagangan dua hala telah mencatat 385.3 bilion dolar Amerika.

Ketiga, lawatan antara rakyat kedua-dua negara semakin kerap, dan telah mencatat kira-kira tiga juta orang setiap tahun. Setiap minggu, terdapat lebih 110 penerbangan pergi balik antara destinasi kedua-dua negara.

Dan keempat ialah kerjasama antara China dengan A.S. meliputi bidang yang meluas.

"Bagi pendapat saya, hubungan China-A.S. telah menjadi hubungan dua hala yang paling penting di dunia ini. Kedua-dua negara ini mempunyai kepentingan bersama dalam banyak isu. Dalam era yang baru ini, kami perlu melihat hubungan dua negara ini dengan cara pemikiran yang baru. China dan A.S. akan masing-masing mendapat faedah dengan kerjasama yang lebih erat.

Seiring proses globalisasi, peranan China dan A.S. sebagai negara membangun dan negara maju yang terbesar di dunia semakin menonjol. Boleh dikatakan, hubungan China-A.S. telah menjangkau definisi hubungan dua hala dan memberikan pengaruh kepada seluruh dunia.

"Hubungan China-A.S. yang stabil dan terus berkembang bukan sahaja bermanfaat bagi rakyat kedua-dua negara, tetapi juga akan menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan pembangunan di rantau Asia-Pasifik, bahkan seluruh dunia. Lawatan Presiden Hu ke A.S. pasti akan mendorong hubungan China-A.S. ke satu tahap yang lebih tinggi"

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China