China dan A.S. mengeluarkan kenyataan bersama di Washington semalam yang menegaskan kedua-dua pihak berusaha menjalinkan hubungan rakan kerjasama yang saling menghormati dan saling menguntungkan bagi menghadapai peluang dan cabaran pada abad ke-21.
Menurut kenyataan tersebut, kedua-dua pihak akan memacu kepentingan bersama, menangani isu yang menjadi perhatian bersama, menegaskan tanggungjawab antarabangsa masing-masing dan menjelaskan pendirian masing-masing mengenai isu Taiwan, hak asasi manusia dan hubungan tentera. Kedua-dua pihak akan menambah lawatan peringkat tinggi, menegaskan peri pentingnya untuk mengekalkan hubungan antara parlimen kedua-dua negara. Kedua-dua pihak berpendapat, China dan A.S. mempunyai kepentingan bersama dalam bidang mengawal kedamaian dan keselamatan di Asia-Pasifik dan kawasan yang lain, bersetuju untuk meningkatkan penyelarasan bagi menghadapi cabaran serantau dan global yang semakin getir. Kedua-dua pihak bersetuju menjalinkan hubungan rakan ekonomi yang saling menguntungkan, menetapkan rangkan kerjasama ekonomi yang menyeluruh pada bulan Mei nanti bagi meningkatkan penyelarasan dan kerjasama dasar ekonomi makro, menggalakkan kebebasan perdagangan dan pelaburan global, menentang perlindungan perdagangan, mewujudkan hubungan perdagangan yang seimbang, melaksanakan kerjasama dalam bidang melindungi hak harta intelek dan memperkukuh sistem kewangan global. Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang perubahan iklim, tenaga dan alam sekitar.