Presiden China, Hu Jintao tiba di Washington pada 18 Januari lalu untuk memulakan lawatan rasmi di negara itu. Media di seberang laut telah menumpukan perhatian besar dan mmeberi penghargaan tinggi lawatan tersebut.
CNN memetik ucapan Setiausaha Negara A.S., Hillery Clinton sebagai berkata bahawa ekonomi A.S. dan China telah digabungkan, keadaan ini akan dikekalkan pada masa depan.
Agensi Berita Perancis (AFP) menyatakan, Chian telah menjadi entiti ekonomi kedua terbesar di dunia selepas A.S.. Lawatan Presiden Hu Jinta ke A.S. kali ini boleh disifatkan sebagai aktiviti diplomatik dengan A.S. yang paling penting yang dilakukan oleh pemimpin China dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini.
Surat kabar "Eropah Time" Perancis menerbitkan rencana yang menyatakan, tahun 2011 baru bermula, China segera mengambil langkah untuk mengubahsuaikan hubungan dengan A.S. dan Eropah. Ini memperlihatkan fokus dalam dasar diplomatik China, dan juga mencerminkan China akan lebih aktif menyertai penyusunan semula arkitekur ekonomi dan politik antarabangsa.