Cari:
China-A.S. Capai Kata Sepakat tentang Memperkukuh Lagi Hubungan Dua Hala
2011-01-20 11:39:11 CRI Cetak

Presiden China Hu Jintao telah mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari A.S., Barack Obama di White House semalam. Pemimpin kedua-dua negara mencapai kata sepakat tentang terus berusaha menjalinkan hubungan rakan kerjasama China-A.S. yang saling menghormati dan saling menguntungkan.

Hu Jintao telah mengeluarkan beberapa cadangan bagi memperkukuh lagi hubungan kedua-dua negara, antaranya termasuk mengembangkan hubungan politik yang memacu kepentingan bersama, mengetepikan perselisihan, sama kedudukan dan saling mempercayai, memperdalam kerjasama ekonomi secara menyeluruh dan saling menguntungkan, meningkatkan kerjasama yang bersifat global bagi bersama-sama menghadapi cabaran, menggalakkan rakyat kedua-dua negara untuk menyertai usaha mengembangkan persahabatan antara kedua-dua negara dan membentuk model lawatan peringkat tinggi yang tulus ikhlas. Beliau menegaskan, kedua-dua pihak parlu saling menghormati sistem sosial dan keadah pembangunan pilihan pihak lain, menghormati kedaulatan, keutuhan wilayah dan kepentingan pembangunan, mengekalkan penyelarasan dasar ekonomi makro bagi meningkatkan kerjasama yang saling menguntungkan.

Obama pula menyatakan, A.S. bersedia berusaha bersama China, meningkatkan rasa saling mempercayai strategik dan kerjasama dalam pelbagai bidang. A.S. akan memberikan perhatian terhadap keprihatinan China dalam bidang ekonomi dan perdagangan.

Hu Jintao menegaskan, isu Taiwan merupakan kepentingan asas China dan juga isu yang paling sensitif dalam hubungan kedua-dua negara. Obama menegaskan bahawa pihaknya akan mengekalkan dasar satu China dan mematuhi tiga pengumuman bersama A.S.-China.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China