Cari:
Media Seberang Laut Berikan Penghargaan Tinggi kepada Lawatan Presiden Hu Jintao ke A.S.
2011-01-21 11:12:56 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Media di seberang laut terus memberikan perhatian dan penghargaan tinggi kepada lawatan rasmi Presiden China, Hu Jintao ke A.S. yang bermula pada 18 Januari lalu.

Harian "Wall Street" A.S. melaporkan, lawatan Presiden Hu Jintao ke A.S. akan mengubahsuaikan hubungan antara kedua-dua negara. Seiring dengan penandatanganan pelbagai perjanjian perdagangan dan ekonomi, hubungan dua hala yang paling penting di dunia ini telah diperkukuh.

Agensi Berita Prancis (AFP) menyatakan, perjanjian perdagangan yang bernilai 45 bilion dolar Amerika telah tercapai dalam tempoh lawatan Presiden Hu Jintao ke A.S.. Ini mencerminkan perdagangan antara kedua-dua negara ini sedang berkembang pesat.

"The India Times" melaporkan, lawatan Presiden Hu Jintao ke A.S. diadakan sempena situasi politik dan ekonomi dunia mengalami perubahan besar. Oleh itu, lawatan kali ini juga mempunyai makna penting bagi pelbagai negara di seluruh dunia.

Surat khbar Sao Paulo Brazil menyatakan, hubungan China-A.S. merupakan hubungan dua hala yang paling penting pada abad ini. Setelah mengalami pertikaian selama setahun, kedua-dua negara ini berharap mengambil peluang lawatan Presideng Hu Jintao kali ini memulihkan semula rasa saling mempercayai.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China