Dalam tempoh tiga hari setelah memasuki tempoh perkhidmatan pengangkutan awam sempena perayaan Tahun Baru China, jumlah pekerja dan alat pengangkutan yang mencukupi telah disediakan untuk memastikan perkhidmatan pengangkutan sama ada pengangkutan darat atau perkapalan berjalan dengan stabil dan selamat.
Demikian dinyatakan oleh Naib Menteri Pengangkutan China, Feng Zhenglin dalam sidang akhbar petang tadi.
Menurut beliau, seramai 20 juta orang pekerja sektor pengangkutan dan lalu lintas dan kira-kira 820 ribu kenderaan penumpang besar dan sederhana telah ditugaskan dalam perkhidmatan pengangkutan sempena perayaan Tahun Baru China. Jumlah penumpang telah mencapai hampir 198 juta orang setakat ini yang meningkat 12.3% berbanding masa yang sama tahun yang lalu.