Cari:
Kerajaan China Agihkan Subsidi kepada Penduduk Miskin untuk Menjamin Kehidupan Mereka Sempena Tahun Baru China
2011-01-27 14:08:32 CRI Cetak

Sempena Tahun Baru China, perayaan tradisional China, Kementerian Hal Ehwal Awam dan Kementerian Kewangan China telah memperuntukkan dana subsidi yang berjumlah 10.4 bilion yuan RMB untuk diagihkan kepada lebih 86 juta orang penduduk miskin. Walau bagaimanapun, memastikan kehidupan asas golongan miskin juga memerlukan usaha kerajaan yang terus menyempurnakan sistem bantuan sosial.

Keluarga Lu Jing yang tinggal di daerah Xicheng, bandar raya Beijing berpendapatan rendah, sekarang mereka boleh menerima dana jaminan kehidupan minimum kira-kira 1,300 yuan setiap bulan. Baru-baru ini, mereka mengetahi melalui siaran TV bahawa kerajaan akan mengagihkan subsidi kepada penduduk miskin sempena Tahun Baru China. Lu Jing amat gembira dan memberitahu wartawan bahawa subsidi itu amat penting bagi keluarganya. Katanya,

"Saya akan membeli minyak masak dan beras dengan menggunakan wang bantuan itu. Kami amat terharu kerana bantuan daripada kerajaan yang amat besar ini."

Penduduk miskin yang sama dengan keluarga Lu Jing terdapat lebih 86 juta orang di China. Memastikan golongan penduduk tersebut menyambut Tahun Baru China dengan gembira merupakan tugas utama kerajaan sekarang. Dalam langkah bantuan kali ini, golongan penduduk miskin akan diagihkan subsidi sebanyak 100 yuan hingga 180 yuan setiap orang.

Naib Ketua Jabatan Bantuan Sosial Kementerian Hak Ehwal Awam China, Liu Xitang menyatakan bahawa menziarahi menyampaikan salam dan memberikan bantuan wang dan barangan kepada golongan miskin sempena Tahun Baru China menggambarkan keprihatinan dan sayangan kerajaan China terhadap penduduk miskin. Beliau berkata,

"Bermula dari bulan Julai tahun lalu, harga barangan selalu pada tahap yang tinggi dan ini membawa impak yang negatif kepada kehidupan golongan miskin. Pada masa yang sama, perbelanjaan penduduk pada tempoh sambutan Tahun Baru China tentu akan bertambah. Walaupun dana jaminan minimum diberikan kepada mereka setiap bulan, tetapi itu adalah untuk memastikan kehidupan harian mereka. Mereka kekurangan lagi wang lebihan untuk membeli barangan bagi merayakan hari kebesaran ini. Jadi, kami mengagihkan subsidi untuk memenuhi keperluan mereka."

Liu Xitang menyatakan bahawa pengagihan subsidi sempena hari raya ini hanya merupakan bantuan sementera sahaja, kerajaan juga perlu terus menyempurnakan dasar bantuan sosial untuk memastikan kehidupan asas golongan miskin dalam jangka masa panjang. Kata beliau,

"Pemberian subsidi sempena hari raya bukanya langkah dilaksanakan menurut mekanisme bantuan. Kerajaan juga perlu menyempurnakan dasar bantuan sosial termasuk sistem jaminan kehidupan minimum dan sistem bantuan khas untuk membentuk mekanisme bantuan sosial. Antaranya, sistem bantuan khas itu terutamanya meliputi bantuan perumahan, perubatan dan pendidikan serta beberapa bantuan sementara."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China