Menurut Timbalan Menteri Kereta Api, Wang Zhiguo, sejak sistem pengangkutan China memasuki musim sibuk 11 hari lalu, sistem perkhidmatan kereta api telah mengangkut 58.3 juta orang penumpang. Manakala, sistem penerbangan awam juga mampu memenuhi permintaan pasaran. Para penumpang tiada masalah untuk mendapatkan tiket, kerana lebih dariapda sejuta tiket penerbangan ditawarkan untuk pasaran setiap hari.
Sistem pengangkutan jalan raya pula beroperasi dengan lancar. Pada masa ini, selain sebahagian kecil lebuh raya di Guizhou, Chongqing dan Hunan ditutup kerana cuaca buruk, semua rangkaian jalan raya beroperasi dengan normal.