Cari:
Kereta Api Laju Mainkan Peranan Besar dalam Pengangkutan Musim Tahun Baru China
2011-01-31 14:14:20 Agensi Berita China Cetak

Selepas pengangkutan musim Tahun Baru China dimulakan, kereta api laju beroperasi sebanyak 1,424 kali di seluruh negara China dengan menghantar lebih sejuta penumpang sehari. Jumlah penumpang kereta api laju menempati kira-kira 20% jumlah penumpang kereta api di negara ini. Demikian dinyatakan oleh Naib Menteri Landasan Kereta Api China, Wang Zhiguo di Beijing semalam.

Ketika membicarakan pembangunan landasan kereta api laju yang sedang dijalankan, Wang Zhiguo menyatakan bahawa landasan kereta api laju yang menghubungkan Beijing dan Shanghai akan siap dibina pada tahun ini. Landasan ini dan landasan kereta api yang sedia ada antara Beijing dan Shanghai akan mendatangkan kemudahan yang amat besar kepada penumpang tujuh buah provinsi dan bandar di sepanjang landasan itu.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China