Pada 1 dan 2 Februari lalu, Presiden China, Hu Jintao berkunjung ke bandar Baoding di provinsi Hebei, untuk merayakan Tahun Baru China bersama-sama dengan masyarakat di peringkat akar umbi.
Sebaik tiba di bandar tersebut, Hu Jintao terus menuju ke sebuah stesen bas jarak jauh untuk meninjau keadaan perkhidmatan pengangkutan awam di sana. Beliau meminta para petugas supaya berusaha sedapat mungkin untuk menjayakan perkhidmatan pengangkutan awam bagi musim perayaan Tahun Baru China ini.
Ketika meninjau ke sebuah kawasan desa di bandar itu pula, Hu Jintao membuat janji kepada penduduk tempatan bahawa kerajaan akan memberikan sokongan yang lebih besar kepada pembangunan kawasan desa pada masa depan.