Cari:
Pemimpin China Bersama-sama Rakyat Menyambut Tahun Baru China
2011-02-03 15:23:37 CRI Cetak
3 Februari ini merupakan perayaan yang paling meriah di China, iaitu Tahun Baru China. Rakyat China di merata-rata tempat merayakan hari raya tradisional yang mempunyai sejarah selama lebih 4,000 tahun ini dalam suasana yang paling meriah dan gembira. Sempena hari raya ini, Presiden Hu Jintao dan Perdana Menteri Wen Jiabao masing-masing pergi ke provinsi Hebei dan Anhui untuk menyambut hari kebesaran ini dengan para petani di kawasan tersebut yang ekonominya kurang maju.

(Hu Jintao di Kampung Shijiatong)

Kampung Shijiatong terletak di kaki gunung Langyashan, kawasan barat provinsi Hebei. Kampung yang terpencil ini berkembang pesat pada beberapa tahun lalu dan wajahnya banyak berubah. Namun, ekonominya masih kurang maju berbanding dengan kawasan pantai laut di sebelah timur China. Presiden Hu Jintao yang datang ke kampung itu berkata kepada penduduk di sana,

"Saudara sekalian, hari ini hari terakhir menjelang Tahun Baru China. Saya datang ke sini untuk menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baru kepada sekalian. Parti Komunis China dan kerajaan akan memberikan perhatian dan sokongan yang lebih besar kepada pembangunan kawasan yang kurang maju. Saya dengan ikhlas berharap semoga sekalian hidup dengan lebih bahagia pada tahun akan datang."

(Hu Jintao Berjabat tangan dengan Yan Deshu)

Kemudian, Hu Jintao telah mengunjungi seorang tua, Yan Deshu yang berusia 80 tahun di kampung itu. Sekeluarganya sedang membuat persiapan untuk menyambut Tahun Baru China. Hu Jintao berjabat tangan dengan Yan Deshu dan berkata,

"Hari ini hari terakhir sebelum Tahun Baru China, saya datang khusus menziarahi anda dan mengucapkan Selamat Tahun Baru China kepada anda."

Hu Jintao memasuki bilik simpanan keluarga Yan Deshu sambil menanyakan adakah barang-barang untuk menyambut tahun baru sudah cukup dan lauk pauk untuk malam hari itu sudah siap atau belum. Ketika meninggalkan rumah Yan Deshu, Hu Jintao juga menempel kertas merah yang bertulis perkataan "福(fu)", ertinya "bahagia", di pintu rumah itu untuk menyampaikan harapan baiknya kepada keluarga Yan Deshu.

Pada beberapa hari sebelum Tahun Baru China, orang China biasanya akan pulang ke rumah untuk menyambut perayaan ini bersama-sama dengan sanak saudara, maka penumpang kereta api, bas dan kapal terbang di China melonjak dengan mendadak pada beberapa hari itu. Ini membawa tekanan yang amat besar kepada perkhidmatan pengangkutan dan isu ini turut menjadi fokus rakyat China pada masa perayaan Tahun Baru China.

(Hu Jintao meninjau stesen bas jarak jauh di Hebei)

Hu Jintao pergi ke sebuah stesen bas jarak jauh di sebuah bandar provinsi Hebei pada 1 Februari untuk meninjau keadaan perkhidmatan di sana. Hu Jintao menyampaikan salam kepada pekerja yang sedang bertugas di stesen itu. Beliau menanyakan langkah-langkah perkhidmatan yang ditawarkan kepada penumpang pada musim Tahun Baru China. Ketika berjumpa dengan seorang penumpang yang sedang melalui tempat itu, Hu Jintao berkata kepadanya,

"Semoga anda pulang ke kampung halaman dengan selamat dan menyabut hari kebesaran ini dengan gembira. Saya mengucapkan Selamat Tahun Baru China kepada keluarga anda."

(Hu Jintao berbual-bual dengan penumpang)

Hu Jintao juga berbual-bual dengan para penumpang di stesen bas itu dan menasihatkan mereka supaya menjaga keselamatan dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.

Menurut laporan lain, Perdana Menteri Wen Jiabao telah pergi ke kawasan pergunungan Dabieshan, provinsi Anhui sempena Tahun Baru China dan menyambut perayaan itu bersama-sama dengan penduduk tempatan. Wen Jiabao menziarahi banyak keluarga petani dan meninjau keadaan sosioekonomi di kawasan tersebut serta menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baru China kepada mereka.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China