Penduduk etnik minoriti Xinjiang mengadakan berbagai-bagai aktiviti sukan untuk merayakan Tahun Baru China yang jatuh pada masa bukan musim menuai, sekalipun ini bukan hari raya tradisional bagi kebanyakan mereka.
Sejumlah keluarga ketika bercuti Tahun Baru China, memilih berski di kawasan pergunungan Altay di bahagian utara Xinjiang. Acara sukan itu sudah bersejarah lama di kawasan itu. Ramai pelajar sekolah menengah mengikuti latihan bola sepak semasa bercuti Tahun Baru China, bersiap untuk menyertai pertandingan pemuda Xinjiang yang akan diadakan dalam tempoh terdekat ini.
Pegawai Jabatan Sukan Xinjiang menyatakan bahawa berbagai-bagai aktiviti sukan dianjurkan oleh pihaknya semasa cuti Tahun Baru China dengan tujuan mewakili hidup rakyat.