Hari ini ialah hari kelima tahun arnab menurut kalandar Cina. Aktiviti-aktiviti perayaan terus diadakan di pelbagai tempat di China untuk meraikan Tahun Baru Cina dengan suasana tradisional.
Mengunjungi pesta kuil di Taman Ditan sudah menjadi tradisi penduduk Beijing dalam tempoh cuti Tahun Baru Cina. Di depan pintu Taman Ditan, terdapat sebuah hiasan karton maskot arnab yang setinggi beberapa meter kelihatan seolah-olah menyambut para pengunjung yang datang. Pada pukul 10:00 pagi, persembahan keluarga diraja bersembahyang kepada tanah telah menarik perhatian ramai pengunjung. Selain itu, dalam pesta kuil ini, para pengunjung juga dapat menonton pembuatan kraf tangan tradisional, membeli barangan peringatan tahun baru dan juga mencuba makanan ringan yang bercirikan tempatan.
Ketua Pengarah Jabatan Seni Taman Daerah Dongcheng bandar Beijing, Liang Chengcai memaklumkan bahawa,
"Pesta kuil kali ini menonjolkan kebudayaan. Kami mengundang banyak kumpulan budaya untuk membuat persembahan tradisional dalam pesta kuil, termasuk opera tempatan, akrobatik, tarian singa dan muzik tradisional. Selain itu, kami juga memamerkan pembuatan 38 jenis kraf tangan yang sudah tersenarai dalam warisan budaya bukan benda, termasuk cloisonne, wayang kulit, lukisan tahun baru Cina dan kincir angin."
Di kawasan luar di bandar Xi'an, ramai petani memakai pakaian tradisional, ada yang bermain gendang dan gong, ada yang menari Yangko dan ada juga yang menari dengan jangkungan tinggi dan perahu palsu yang tergantung kepada badan.
Selepas menyala mercun, kertas merah dari letupan mercun itu telah meliputi jalan dalam kampung. Ramai kanak-kanak memakai pakaian yang baru dan dibawa oleh ibu bapa mereka berkumpul bersama untuk menikmati persembahan yang menarik. Ada penduduk yang berkata dengan gembira bahawa'
"Persembahan sekarang lebih menarik berbanding dulu, saya paling suka menonton persembahan yang penuh dengan suasana tradisional."
Tahun Baru Cina juga merupakan hari raya yang paling penting bagi orang Hong Kong. Banyak tradisi untuk meraikan Tahun Baru Cina diwarisi dengan baik di Hong Kong, seperti bersiar-siar di pasar bunga. Pada masa ini, pasar bunga sedang diadakan di 14 buah taman di Hong Kong. Penduduk Hong Kong suka mengunjungi pasar bunga pada Tahun Baru Cina. Mereka berkata,
"Saya setiap tahun baru pasti mengunjungi pasar bunga, ini bermakna penting bagi saya."
"Sangat meriah, saya suka datang ke sini untuk mengongsikan kegembiraan bersama-sama orang lain."
"Semoga setipa orang gembira dan kehidupan tahun ini lebih cemerlang daripada tahun lalu."
Menurut adat resam, bersiar-siar di pasar bunga akan membawa kebahagiaan kepada seisi keluarga. Orang yang membeli bunga pic katanya boleh mendapat kekasih yang memuaskan dalam tahun baru yang akan datang. Peniaga suka membeli limau yang kononnya akan mendatangkan tuah baik dan keuntungan besar. Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Donald Tsang juga memilih mengunjungi pasar bunga pada Tahun Baru Cina. Beliau berkata,
"Saya pasti mengunjungi pasar bunga apabila meraikan tahun baru untuk berkongsi kegembiraan dengan penduduk awam, sekali gus membeli bunga untuk isteri saya. Saya juga berharap setiap orang sejahtera dan bahagia pada tahun baru."