Cari:
Perayan Tahun Baru China di London
2011-02-07 16:23:25 CRI Cetak

Aktiviti tahunan tersebut telah berlangsung sebanyak 9 kali dan merupakan aktiviti perayaan Tahun Baru China yang terbesar di luar Asia. Datuk bandar Westminster London, Puan Judith Warner menyatakan bahawa perayaan Tahun Baru China yang semakin menarik itu telah menjadi salah satu aktiviti tahunan yang paling berprestij di bandar Westminster.

Persembahan kesenian yang menarik dengan tema "Budaya China, Pesta Musim Bunga yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Perantau Dewan Negara China telah diselenggarakan di lapangan Trafalgar petang semalam. Ketua Pengarah tersebut, Puan Li Haifeng menyatakan bahawa demi memperkaya kehidupan budaya perantau China dan orang Cina di seberang laut dan meningkatkan pertukaran budaya antara China dengan luar negara, kami kerap kali menghantar rombongan kesenian yang bertaraf tinggi ke seberang laut untuk mengadakan persembahan kesenian dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kami secara khusus menghidangkan sekali persembahan yang menarik dan penuh emosi tahun ini. Saya yakin bahawa sekalian pasti akan menikmati kecemerlangan dalam dunai kesenian itu.

Para pelakon dari Kumpulan Nyanyian dan Tarian Tentera Pembebasan Rakyat China dan Kumpulan Nyanyian dan Tarian Gansu telah menyajikan persembahan selama 5 jam, termasuk tarian tradisional China, muzik balada, akrobatik dan opera, dan nerjaya menangani tepuk tangan gemuruh dari para penonton. Juruacara dari Kumpulan Nyanyian dan Tarian Tentera Pembebasan Rakyat China, Liu Xiaona sudah biasa mengikuti rombongannya pergi ke luar negara setiap tahun untuk mengadakan persembahan kesenian. Beiau berharap persembahan mereka dapat membantu menyampaikan salam rakya China kepada para penonton di negara asing.

Ramai perantau China dan orang Cina dari sekitar kawasan London telah menikmati persembahan kesenian di lapangan itu. Encik Ren He yang bekerja di Universiti Surry berhijrah ke Britain pada 10 tahun yang lalu. Beliau menyatakan bahawa aktiviti tersebut amat berjaya dan meningkatkan pertukaran budaya antara kedua-dua negara.

Beliau menyatakan bahawa terdapat ramai penduduk berwarga Rusia, Ukraine, Brazil, India dan Britain sedang menikmati persembahan tersebut. Ini merupakan perkara yang amat bererti untuk memperlihatkan budaya China dan merapatkan pertalian antara satu sama lain.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China