Pada pukul 8.00 pagi semalam, pertempuran antara pasukan tentera Thailand dengan Kemboja berlaku lagi di kawasan Prasat Phra Viharn yang dipertikaikan antara kedua-dua negara tersebut. Pertempuran itu berhenti pada kira-kira pukul 10.00 pagi hari itu. Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menegaskan, pertempuran tersebut telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 5 orang terkorban. Situasi yang tegang ini juga membawa pengaruh yang besar kepada kehidupan dan keselamatan rakyat jelata di kawasan sempadan itu. Sementara itu, Provinsi Sisaket Thailand mengumumkan akan menutup 48 buah sekolah di 3 kaunti kerana mengalami kesan yang buruk akibat pertempuran tersebut, dan memindahkan semua penduduk ke tempat yang selamat.
Hu Sen ketika menghadiri upacara penyampaian ijazah di sebuah unversiti semalam menyifatkan, pertempuran tersebut "sebagai konflik bersenjata yang besar-besaran atau perang sempadan yang berskop kecil". Beliau berkata, tujuan Thailand sangat jelas, iaitu berniat menduduki tanah seluas 46 ribu kilometer persegi yang dipertikaikan kedua-dua neagra di kawasan sekitar Kuil Prasat Phra Viharn. Masalah kedaulatan dan hak milik tanah tersebut merupakan punca utama konflik bersenjata antara Kemboja dengan Thailand.
Hu Sen menegaskan, kerajaan Kemboja akan menyelesaikan konflik ini dengan Thailand secara diplomatik dan ketenteraan. Pihaknya telah menghantar surat kepada Majlis Keselamatan PBB untuk meminta pertubuhan antarabangsa itu mengadakan sidang tergempar untuk menghentikan tindakan pencerobohan Thailand terhadap Kemboja. Selain itu, beliau juga berharap PBB mengerahkan anggota tentera ke kawasan berhampiran Prasat Phra Viharn yang dipertikaikan untuk mewujudkan kawasan penampan supaya mencegah berulangnya konflik bersenjata. Hun Sen menambah, Kemboja dan Thailand merupakan negara jiran. Beliau tidak ingin melihat pertikaian sempadan kedua-dua negara terus memperluas, dan tidak berharap konflik sempadan itu menjejaskan perdagangan dan hubungan dalam bidang lain kedua-dua negara.
Merujuk kejadian tersebut, jurucakap jabatan Perdana Menteri Thailand, Panitan Wattanayagorn mengadakan sidang akhbar petang semalam berkata, dalam empat kali pertempuran dengan Kemboja tersebut, Thailand mengalami serangan dahulu, kemudian bertindak balas untuk mempertahankan diri. Kementerian Luar Thailand telah memanggil Duta Besar dari 16 buah negara ke Thailand petang semalam untuk menjelaskan kejadian tersebut. Pihak Thailand yakin bahawa kerajaan pelbagai negara dapat memahami tindakan yang diambil oleh Thailand.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Setiausaha Agung ASEAN, Surin Pitsuwabn masing-masing mengeluarkan kenyataan untuk menyatakan keprihatinan terhadap konflik sempadan Thailand-Kemboja, dan menyeru kedua-dua pihak menyelesaikan masalah tersebut secara damai dan dengan secepat mungkin..








