Cari:
Pelancongan Menajdi Pilihan Baru Warga China Sempena Sambutan Tahun Baru China
2011-02-08 15:36:09 CRI Cetak

Aktiviti pelancongan kini menjadi pilihan baru warga China untuk menyambut Tahun Baru China. Jumlah pelancong dalam musim perayaan Tahun Baru China dijangka meningkat 40% berbanding dengan tahun 2010.

Bahagian selatan China seperti Hainan, Yunnan dan Guangxi menjadi destinasi pelancongan utama kerana mempunyai suhu udara yang sangat nyaman, iaitu kira-kira 28 darjah Selsius. Encik Shao yang berasal dari Beijing bersama dengan anggota keluarganya melancong ke bahagian selatan dengan memandu sendiri. Perjalanan dari Beijing ke Hainan, iaitu provinsi di bahagian paling selatan China mengambil masa 3 hari. Encik Shao berkata: "Sekarang, penduduk di bahagian selatan berminat melawat ke bahagian utara semasa musim perayaan Tahun Baru China, manakala ramai penduduk di utara pula berminat melawat ke selatan. Di sinilah kami boleh menghayati pemandangan tropikal yang sangat indah,"

Menurut Akhbar Pelancongan China, Sanya di provinsi Hainan menduduki tempat pertama dalam "Senarai Destinasi Pelancongan yang Paling Diminati di China sempena Tahun Baru China 2011" dengan cuaca yang nyaman dan pemandangan pantainya yang indah.

Tahun Baru China juga disambut dengan sungguh meriah di Mohe, iaitu tempat paling utara China. Bunyi mercun dan tanglung merah yang digantung di pintu rumah telah menceriakan lagi suasana perayaan. Selain menghayati adat resam dan pemandangan di bahagian utara, para pelancong juga berpeluang mengambil bahagian dalam pertandingan tarik tali, iaitu acara tradisi penduduk tempatan semasa sambutan Tahun Baru China. Seorang pelancong memberitahu wartawan: "Rumah-rumah di sini kelihatan sangat unik kerana semuanya dibina dengan kayu. Suhu udara dalam rumah seumpama ini panas sedangkan salji lebat turun di luar."

Semakin ramai pelancong melawat ke kampung Mohe pada musim perayaan tahun baru berikutan kemundahan lalu lintas yang diperbaiki dari semasa ke semasa. Sementara itu, pelancongan menjadi sumber pendapatan utama bagi kampung tersebut. Sekarang, 113 buah keluarga di kampung itu menawarkan perkhidmatan homestay kepada pelancong. Jumlah pendapatan perkapita di Mohe telah melebihi 8,000 Yuan RMB pada tahun 2010.

Selain itu, Taiwan juga merupakan salah satu destinasi pelancongan yang paling menarik sempena perayaan Tahun Baru China. Kebanyakan rombongan pelancongan ke Taiwan penuh sedangkan harga pakejnya lebih mahal 2,000 Yuan berbanding masa sebelum musim perayaan tahu baru. Pegawai daripada Agensi Pelancongan Antarabangsa China, Liu Yinghao berkata: "Lebih kurang 500 orang mengikuti rombongan pelancongan kami melawat ke Taiwan dalam musim perayaan tahun baru. Taiwan merupakan destinasi pelancongan yang mendapat sambutan amat baik pada masa ini. Terdapat beberapa tempat yang menarik di Taiwan seperti Istana Kuno di Taipei, bangunan pencakar langit 101, Gunung Alisan dan Tasik Riyuetan."

Menurut statistik, sehingga Disember tahun 2010, jumlah pelancong Tanah Besar yang melancong ke Taiwan telah melebihi 1.1 juta orang. Angka ini dijangka meningkat kepada 2 juta orang pada tahun 2011.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China