Pegawai dari Jawatankuasa Keselamatan Makanan Dewan Negara China menyatakan semalam, kerajaan akan berusaha membanteras tindakan yang menjejaskan keselamatan makanan dan berusaha meningkatkan tahap keselamatan dalam bidang tersebut pada tahun 2011.
Menurut beliau, pelbagai badan di merata tempat di China telah menjalankan operasi untuk membanteras tindakan yang menjejaskan keselamatan makanan, berusaha menyiasat kes yang berkenaan serta menutup syarikat yang melanggar undang-undang.
Pada tahun 2010, China telah menyiasat 130 ribu kes yang melibatkan keselamatan makanan serta menangkap 248 orang suspek. Manakala, China tetap menghadapi cabaran yang serius dalam bidang tersebut.