Thursday Mar 13th   2025 
Tentang CRI
Siaran Bahasa Melayu
Cari:
Harga Perumahan yang Tinggi Tetap Merupakan Topik Hangat Sidang NPC dan CPPCC Tahun 2011
2011-02-20 15:49:06 CRI Cetak

Sempena sidang Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) dan sidang Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Raykat China (CPPCC) tahun 2011 diadakan, laman sesawang yang berpengaruh di China, Xinhuanet dan Sina telah mengadakan tinjauan pendapat umum yang menunjukkan bahawa harga perumahan yang tinggi mendahului harga barangan, pekerjaan, pembahagian masyarakat, keselamatan makanan dan pembaharuan perubatan dan menjadi topik paling hangat yang dipilih oleh pelayar internet. Masalah ini dijangka akan menjadi salah satu topik hangat yang berkaitan dengan hidup rakyat dalam kedua-dua sidang kali ini.

Ketika harga perumahan yang tinggi tidak dapat ditanggung lagi oleh penduduk di bandar, kerajaan China telah melaksanakan kawalan dan penyusunan semula dasar yang paling ketat dalam sejarah terhadap sektor hartanah pada pembinaan perumahan jaminan yang paling besar skalanya pada tahun lalu. Walaupun kenaikan harga perumahan yang terlalu cepat telah disekat untuk sementara, namun, matlamat untuk mengawal harga itu pada taraf yang rasional masih belum dicapai.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China