Cari:
Hu Jintao Tuntut Pegawai Kanan Tingkatkan Taraf Pentadbiran Masyarakat secara Saintifik
2011-02-20 14:43:44 CRI Cetak

Presiden China, Hu Jintao semalam menutut pegawai peringkat gabenor provinsi dan menteri meningkatkan taraf pentadbiran masyarakat secara saintifik, membangun sistem pentadbiran masyarakat sosialis bercirikan China serta menjamin kedinamikan, keharmonian dan kestabilan masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian kursus pegawai peringkat gabenor provinsi dan menteri mengenai pentadbiran masyarakat yang diadakan di Beijing semalam.

Menurut beliau, pegawai kanan perlu meningkatkan dan menyempurnakan sistem pentadbiran masyarakat, mekanisme melindungi hak dan kepentingan rakyat yang dipimpin oleh Parti Komunis China dan kerajaan. Selain itu, mereka juga perlu meningkatkan pembangunan sistem pentadbiran masyarakat dan perkhidmatan awam serta pentadbiran maklumat dalam internet.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China