Jawatankuasa Keselamatan Makanan Dewan Negara China dalam sidang yang diadakan pada 18 Februari lalu menuntut kerajaan pelbagai peringkat menjalankan operasi untuk menjamin keselamatan makanan dan menjaga kesihatan rakyat.
Menurut sidang tersebut, kerajaan pelbagai peringkat perlu meningkatkan kawalan terhadap produk susu, minyak makan serta bahan tambahan makanan. Selain itu, sistem bertanggungjawab tentang keselamatan makanan perlu diwujudkan untuk pengeluar makanan dan kerajaan pelbagai tempat di China.
Sejak Dewan Negara China menjalankan operasi untuk mengawal keselamatan makanan pada tahun 2010, badan-badan yang berkaitan di merata tempat di China telah menjalankan pemeriksaan sebanyak lebih 35 juta kali terhadap makanan dan pengeluar makanan serta menyiasat kes sebanyak 130 ribu kali.








