Cari:
Cadangan CPPCC Berwibawa
2011-02-23 17:33:16 CRI Cetak

Sidang Ke-4 Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) akan berlangsung di Beijing pada 3 Mac nanti. Jurucakap sidang ini, Zhao Qizheng ketika diwawancara hari ini menyatakan bahawa hak mengemukakan cadangan merupakan kuasa yang dimiliki oleh CPPCC. Cadangan yang dikemukakan anggota CPPCC sangat berwibawa.

Menurut beliau, semua cadangan, pandangan dan kritikan yang dikemukakan oleh anggota CPPCC pasti menerima jawapan balas badan kerajaan berkenaan, manakala kerajaan tempatan tidak boleh menolak permohonan mereka untuk mengenali keadaan kerja kerajaan pelbagai peringkat atau keadaan pembangunan pertanian, industri dan budaya.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China