Menjelang perasmian Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) 2011, Perdana Menteri China hari ini menjawab isu-isu yang berkait dengan masalah hidup rakyat dan menjadi perhatian para pengguna internet melalui lawan web kerajaan China dan Agensi Berita Xinhua. Ini merupakan tahun ketiga secara berterusan Perdana Menteri Wen Jiabao bertukar-tukar pandangan dengan para pengguna internet.
Tentang isu-isu yang ditanya oleh para pengguna internet, termasuk harga barangan, harga hartanah, persekolahan kanak-kanak pekerja migran, peluang kerja bagi lulusan universiti, pembahagian pendapatan, antirasuah dan peningkatan taraf hidup rakyat, Wen Jiabao menyatakan, Parti Komunis China dan kerajaan betul-betul memberikan perhatian terhadap isu-isu tersebut, malah bertekad dan berkeyakinan untuk menyelesaikan isu-isu tersebut. Beliau juga memaklumkan langkah-langkah penting yang telah diambil dan akan diambil oleh kerajaan.
Wen Jiabao menegaskan, dalam tempoh lima tahun akan datang, kerajaan China akan mengutamakan tugas memperbaiki taraf hidup rakyat, berusaha mengembangkan ekonomi supaya membolehkan rakyat negara ini hidup dengan selesa dan juga penuh keyakinan kepada masa depan.