Cari:
Tanah Besar Mahu Mempergiat Kerjasama Ekonomi dengan Taiwan
2011-02-27 16:10:25 CRI Cetak

Persatuan Hubungan Rentas Selat Taiwan (ARATS) China akan berusaha bersama-sama dengan Tabung Pertukaran Selat Taiwan (SEF) terus mempergiat kerjasama ekonomi kedua-dua pihak.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi ARATS, Chen Yunlin yang sedang melawat di Taiwan semalam.

Ketika bertemu dengan Pengerusi Kehormat Parti Kuomintang, Lian Chan di Taipei, Chen Yunlin berkata, beliau telah merasai hasrat penduduk di bahagian selatan Taiwan untuk meningkatkan kerjasama dengan Tanah Besar dan mewujudkan saling menguntungkan.

Menurut beliau, jumlah perdagangan Tanah Besar dan Taiwan mencatat 145 bilion dolar Amerika pada tahun lal, iaitu rekod tertinggi dalam sejarah. Tanah Besar dan Taiwan masing-masing mewujudkan pertumbuhnan ekonomi sebanyak 10% dan 10.82%. Beliau yakin, sekiranya Tanah Besar dan Taiwan memperkukuh hubungan yang baik, mempergiat kerjasama ekonomi yang memanfaatkan rakyat dan mewujudkan saling menguntungkan, masa depan bangsa China yang cerah pasti akan tercapai.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China