Menurut hasil pengiraan peringkat awal yang dibuat oleh Jabatan Statistik Negara China, jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) mencatat hampir 4,000 bilion Yuan RMB pada tahun 2010, iaitu meningkat 10.3% berbanding tahun 2009. Permintaan domestik menyumbang 9.5% kepada peningkatan KDNK. Manakala, kegiatan eksport pula menyumbang 0.8% kepada peningkatan KDNK negara ini.








