Pembayaran perdagangan luar dengan mata wang RMB yang dikendalikan oleh sektor perbankan di China mencecah 510 bilion Yuan pada 2010. Antaranya, 160 bilion Yuan RMB diuruskan oleh Bank China. Angka ini dijangka akan meningkat lagi memandangkan pembayaran ini yang dikendalikan oleh bank tersebut telah mencatat 40 bilion Yuan RMB hanya pada bulan Januari sahaja.
Selain itu, pembayaran bagi perdagangan luar dengan RMB yang diuruskan oleh Bank Industri dan Perdagangan China(ICBC) pula melebihi 150 bilion Yuan RMB pada tahun lalu.