Cari:
Sidang Akhbar tentang Sidang Tahunan NPC Diadakan
2011-03-04 17:44:34 CRI Cetak

Sidang akhbar tentang sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) diadakan hari ini. Jurucakap sidang tahunan NPC, Li Zhaoxing memperkenalkan agenda sidang tersebut dan isu-isu berkait dengan kerja NPC, serta menjawab soalan wartawan dalam sidang tersebut.

Menurut beliau, sidang tahunan NPC kali ini berlanngsung dari 5 Machingga 14 Mac ini. Sidang kali ini mempunyai 7 agenda, iaitu mendengar dan membahaskan laporan kerja kerajaan, memeriksa dan meluluskan garis panduan Rancangan Pembangunan Sosioekonomi Negara Lima Tahun ke-12, memeriksa dan meluluskan laporan rancangan, laporan belanjawan, mendengar dan membahaskan laporan kerja Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, laporan kerja Mahkamah Rakyat Tertinggi, serta laporan kerja Badan Pendakwa Rakyat Tertinggi.

Selain itu, beberapa sidang akhbar akan turut diadakan dalam sidang tahunan NPC yang berfokus kepada isu-isu yang menjadi tumpuan pelbagai lapisan masyarakat.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China