Cari:
CPPCC akan Menjayakan Rancangan Pembangunan Negara Lima Tahun Ke-12
2011-03-04 14:57:28 CRI Cetak

(Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC, Jia Qinglin )

Sidang Ke-4 Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dirasmikan di Beijing petang semalam. Pengerusi  Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC, Jia Qinglin telah membentangkan laporan kerja CPPCC dalam sidang tersebut.

Menurut laporan tersebut, memberi nasihat dan cadangan terhadap pengubahan dan pelaksanaan Rancangan Pembangunan Negara Lima Tahun ke-12 merupakan tugas utama bagi CPPCC pada tahun lalu, dan tahun akan datang. Pada masa ini, draf Rancangan Lima Tahun Ke-12 sudah siap digubal untuk dibahaskan dan diundi dalam Sidang Tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC).

Jia Qinglin berkata, misi utama CPPCC tahun ini adalah untuk mendorong pembangunan secara saintifik serta mempercepat penyusunan kaedah pembangunan ekonomi. CPPCC akan mengadakan penyelidikan terhadap agenda-agenda utama dalam Rancangan Lima Tahun Ke-12 demi menyediakan nasihat kepada kerajaan. Kata beliau,

"CPPCC akan terus berusaha untuk memberi perhatian dan mendorong kerja-kerja sperti memperbaiki kehidupan rakyat, meningkatkan pengurusan sosial, pembaharuan terhadap penagihan pendapatan, pembinaan sistem jaminan sosial serta pembinaan rumah mampu milik."

Anggota Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC, yang juga Naib Pengerusi Persekutuan Industri dan Perdagangan, Wang Wenbiao ketika diwawancara berkata, beliau berharap kerajaan akan terus menyokong pembanguan syarikat swasta.

"Syarikat swasta di China telah memberi sumbangan yang besar dalam mewujudkan matlamat Rancangan Lima Tahun Ke-11. Namum, masalah-masalah yang dialami oleh syarikat-syarikat swasta juga merupakan masalah yang diberi perhatian dalam melaksanakan Rancangan Ke-12."

Para peserta sidang kali ini juga memberi perhatian terhadap masalah pelepasan karbon. Walaupun teknologi tenaga dalam pelbagai bidang sudah digunakan di kawasan pembandaran, namun ia masih perlu diperluaskan di kawasan desa.

Sebanyak lebih 700 buah draf resolusi dan lebih 400 kertas kerja sudah diterima oleh pihak penganjur Sidang tahunan Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC. Jia Qingling berkata, CPPCC akan berusaha mengumpulkan pendapatan, cadangan rakyat melalui pelbagai saluran internet.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China