Perdana Menteri China, Wen Jiabao hari ini berkata, kerajaan akan berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah perumahan yang dihadapi oleh golongan yang berpendapatan rendah di bandar dan desa pada tahun ini, untuk menstabilkan harga rumah di pasaran hartanah, dan memenuhi permintaan perumahan yang munasabah.
Menurut beliau, kerajaan akan terus memperluaskan skop pembinaan rumah untuk golongan yang berpendapatan rendah. Projek pembinaan dan pembaikpulihan rumah sebanyak 10 juta unit akan dimulakan pada tahun ini. Belanjawan kewangan pusat China memberi subsidi sejumlah 103 bilion yuan RMB untuk menjayakan rancangan ini. Dijangka, jumlah subsidi akan meningkat 35% berbanding dengan tahun 2010.