Laporan kerja kerajaan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Wen Jiabao dalam sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China(NPC) hari ini menarik perhatian media asing.
Agensi Berita Perancis(AFP) dalam laporannya berkata, China akan menyasarkan pertumbuhan ekonomi yang lebih seimbang pada masa depan. Di samping itu, kerajaan China komited melakukan usaha baru untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang menjadi perhatian masyarakat awam seperti kenaikan harga makanan dan perumahan.
Menurut laporan Syarikat Perbadanan Penyiaran British(BBC) pula, China akan mengintensifkan usaha untuk mengawal gejala inflasi dan membanteras rasuah di samping memastikan perkembangan ekonominya ke arah yang lebih seimbang dan mesra alam.
Agensi Berita Reuter pula memberi ulasan tentang 6 perkara dan usaha yang ditegaskan oleh Wen Jiabao dalam laporan kerja tersebut, iaitu mewujudkan matlamat pembangunan, menstabilkan harga barangan, meningkatkan permintaan dalam negeri, mengawal harga perumahan, menghadapi cabaran global dan melonggarkan dasar mata wang.