Cari:
Pakar Thailand Berikan Perhatian Terhadap Kejayaan China
2011-03-06 15:17:25 CRI Cetak

Ketua Pengarah Pusat Pengajian China Institut Pengajian Asia Universiti Chulalongkorn Thailand, Vorasakdi Mahatdhanobol semalam menyanjung tinggi kejayaan China dalam pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka.

Beliau merasa kagum dengan jumlah KDNK China yang mencatat 39,800 bilion yuan RMB pada tahun lepas. Menurut Vorasakdi Mahatdhanobol, China telah mengalami perubahan yang besar sejak tahun 1991, khususnya dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Pembangunan Negara Lima Tahun ke-11. Kejayaan China telah menarik perhatian seluruh dunia. Menurut beliau, ekonomi China yang berkembang dengan berterusan dan stabil mungkin akan membolehkan kapasiti ekonominya melebihi A.S. dan menduduki nombor satu di dunia pada 5 hingga 10 tahun akan datang.

Vorasakdi Mahatdhanobol juga memberikan perhatian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh China. Beliau berpendapat, kerajaan China telah berusaha untuk menangani masalah-masalah tersebut. Selain itu, kelebihan-kelebihan China seperti kos tenaga pekerja yang murah akan menghadapi cabaran. Ekoran taraf pendidikan pekerja yang semakin meningkat, gaji mereka juga akan bertambah. Keadaan ini akan mengakibatkan kos pengeluaran dan harga barang buatan China terus meningkat. Pelbagai negara yang lain termasuk Thailand juga pernah menghadapi masalah tersebut. Beliau yakin bahawa kerajaan China berkeupayaan menangani secara baik masalah-masalah tersebut dan memberi sumbangan yang lebih besar kepada negara jirannya dan seluruh dunia.

Vorasakdi Mahatdhanobol juga memberikan perhatian terhadap isu perlindungan alam sekitar di China. Menurut beliau, industri di China berkembang pesat pada beberapa tahun kebelakangan ini. Ini mendorong secara besar-besaran peningkatan jumlah KDNK. Tetapi perkembangan industri yang pesat menjejaskan ekologi. Negara-negara maju menyediakan jumlah peruntukan yang besar dalam bidang perlindungan alam sekitar. Ini mengakibatkan kos pengeluaran dan harga barang mereka amat tinggi. Beliau berharap kerajaan China memberikan perhatian yang lebih tinggi terhadap perlindungan alam sekitar. Beliau juga yakin bahawa China menangani secara baik masalah tersebut.

Selain itu, Vorasakdi Mahatdhanobol mengesyorkan kerajaan China meningkatkan usaha anti rasuah. Beliau berharap China mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China