Cari:
Pemimpin Negara China Sertai Pembahasan Terhadap Laporan Kerja Kerajaan
2011-03-06 15:44:01 CRI Cetak

Sidang ke-4 Kongres Rakyat Kebangsaan ke-11 China(NPC) mengadakan mesyuarat untuk membahas laporan kerja kerajaan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Wen Jiabao petang semalam. Pemimpin-pemimpin Parti Komunis China (PKC) dan negara telah menyertai mesyuarat tersebut.

Ketika menyertai mesyuarat rombongan provinsi Jiangsu, Presiden, Hu Jintao berkata, beliau bersetuju dengan sepnuhnya laporan kerja kerajaan tersebut. Menurut beliau, kerajaan perlu mengubahsuai kaedah perkembangan ekonomi kepada perkembangan secara saintifik, melaksanakan secara berterusan dasar pembaharuan dan pintu terbuka serta pembangunan modenisasi sosialis. Langkah-langkah tersebut akan meletakkan asas yang kukuh bagi perkembangan sosioekonomi pada tempoh pelaksanaan Rancangan Pembangunan Negara Lima Tahun ke-12. Menurut beliau, pegawai kerajaan pelbagai peringkat perlu berusaha bersama-sama dengan rakyat untuk mencapai sasaran rancangan pembangunan tersebut.

Ketika menyertai mesyuarat rombongan provinsi Anhui, Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC, Wu Bangguo berkata, kerajaan perlu mengintensifkan pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, memberikan perhatian yang tinggi terhadap kehidupan rakyat serta berusaha untuk menstabilkan masyarakat.

Pemimpin-pemimpin PKC dan negara yang lain termasuk Jia Qinglin, Li Changchun dan Xi Jinping masing-masing telah menghadiri mesyuarat rombongan Beijing, Sichuan dan Shanghai.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China