Cari:
Penggubalan Rancangan Pembangunan Lima Tahun China Perlu Berdasarkan Pembangunan Saintifik
2011-03-06 15:55:56 CRI Cetak

Menteri Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, Zhang Ping dalam sidang akhbar yang diadakan di Beijing hari ini berkata, rancangan pembangunan di China pada tempoh lima tahun akan datang berdasarkan pembangunan saintifik dan mengutamakan pengubahsuaian kaedah perkembangan ekonomi.

Menurut beliau, indeks rancangan pembangunan tersebut berdasarkan mengutamakan rakyat dan membangun secara berterusan. Selain itu, rancangan tersebut amat memberikan perhatian terhadap peningkatan permintaan dalam negeri, kehidupan rakyat di samping mengemukakan sasaran dan tuntutan dalam bidang pembahagian pendapatan, pekerjaan, perkhidmatan awam, perubatan, pendidikan dan jaminan sosial.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China