Cari:
Hu Jintao Mahu Reformasi yang Menyeluruh di Tibet
2011-03-07 13:05:51 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Tibet perlu melaksanakan sepenuhnya program reformasi sehingga menghasilkan pembangunan yang pesat serta kestabilan masyarakat yang berterusan.

Demikian dinyatakan oleh Presiden China, Hu Jintao ketika berucap pada sesi perbahasan delegasi Tibet, sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) semalam.

Beliau meminta kerajaan Tibet supaya memberikan keutamaan kepada pembangunan industri-industri yang berkelebihan, terutamanya sektor pertanian dan penternakan moden, di samping meningkatkan lagi pembinaan kemudahan infrastruktur.

Beliau juga meminta agar peruntukan yang lebih banyak diberikan kepada sektor perkhidmatan awam serta program-program kebajikan sosial di Tibet, supaya hasil pembangunan ekonomi dapat dikecapi oleh seluruh lapisan masyarakat.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China