China akan terus berusaha untuk meningkatkan hubungan politik yang saling mempercayai dengan negara-negara jiran ke arah menyumbang kepada pewujudan persekitaran serantau yang bersifat kerjasama dan musfakat bestari.
Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Yang Jiechi ketika menjawab pertanyaan wartawan tentang hubungan China dengan negara jirannya pada sidang media sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) di Beijing hari ini.
Ketika bercakap mengenai kerjasama China-ASEAN pula, Yang Jiechi menyatakan, pada tahun 2011 ini, China akan melipatgandakan usaha untuk menggalakkan kesalinghubungan antara kedua-dua pihak. China juga akan mempererat kerjasama dengan ASEAN dalam pelbagai bidang, di samping menangani isu-isu yang hangat di rantau berkenaan secara munasabah agar rantau ini dapat kekal aman dan stabil.