Cari:
Seiji Maehara Letakkan Jawatannya
2011-03-07 11:29:46 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Menteri Luar Jepun, Seiji Maehara semalam telah mengemukakan permintaan untuk meletakkan jawatannya kepada Perdana Menteri, kerana menerima politik wang, dan permintaannya telah disetujui oleh Naoto Kan.

Menurut Stesen TV Perbadanan Penyiaran Jepun (NHK), Seiji Maehara semasa berunding dengan Naoto Kan di rumah Perdana Menteri semalam berkata, beliau mahu meletakkan jawatannya disebabka menerima politik wang yang disediakan oleh warga asing yang merantau di Jepun. Beliau merupakan menteri pertama yang meletakkan jawatannya selepas kabinet baru Naoto Kan ditubuhkan pada bulan Januari tahun ini.

Menurut Agensi Berita Kyodo Jepun, Perdana Menteri, Naoto Kan memutuskan untuk melantik Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Edano Yukio merangkap jawatan Menteri Luar untuk sementara waktu.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China