Cari:
Standard Gaji Minimum di China Akan Ditingkatkan Secara Berperingkat-peringkat
2011-03-08 15:34:45 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Standard gaji minimum di seluruh negara akan ditingkatkan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh terlaksananya Rancangan Lima Tahun Ke-12.

Menteri Sumber Manusia dan Jaminan Sosial China, Yin Weimin hari ini berkata, standard tersebut akan diubahsuai berasaskan pertumbuhan ekonomi, harga barangan dan produktiviti syarikat.

Selain itu, China juga akan mempercepat usaha untuk membentuk sebuah mekanisme kenaikan gaji yang cekap, supaya para pekerja boleh bersama-sama mengecapi hasil pembangunan ekonomi negara.

Beliau juga berkata, sistem jaminan sosial, terutamanya sistem insurans bagi warga emas di bandar dan pekan, akan dibentuk pada asasnya dalam tempoh terlaksananya rancangan berkenaan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China