Cari:
Jumlah Penghasilan Bahan Makanan China Banyak Sedikit daripada Keperluan
2011-03-08 15:37:23 CRI Cetak

Sekarang penghasilan bahan makanan China lebih banyak sedikit daripada keperluannya. Dengan menggunakan 6% air tawar dan 9% tanah pertanian di dunia, China telah membekalkan bahan makanan yang mencukupi untuk rakyatnya yang merupakan 22% populasi dunia.

Demikian dinyatakan Menteri Perdagangan China, Chen Deming di Beijing semalam.

Beliau yang sedang menyertai sidang akhbar sidang Kongres Rakyat Kebangsaan di Beijing semalam memberitahu wartawan bahawa negara maju memberikan subsidi yang amat tinggi kepada sektor pertanian supaya bahan makanan yang dieksportnya amat berdaya saing di pasaran antarabangsa. Ini turut menyebabkan negara yang paling miskin di dunia berdepan dengan banyak kesukaran dalam membangunkan pertanian dan perdagangan bahan makanan. Masalah ini juga menjadi masalah yang perlu diselesaikan dalam rundingan pusingan Doha yang seterusnya.

Menurut Chen Deming, pada beberapa tahun yang lalu, China bukan sahaja berjaya memenuhi keperluan bahan makanannya dengan bergantung pada usaha sendiri, bahkan menyediakan bantuan dana kepada negara yang paling miskin untuk membina pusat teknologi pertanian yang moden dan membangunkan sektor pertanian supaya menyelesaikan masalah kekurangan bahan makanan di negara berkenaan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China