Cari:
China akan Membentuk Mekanisme Pelaburan terhadap Pembinaan Rumah untuk Golongan Yang Berpendapatan Rendah
2011-03-09 14:44:39 CRI Cetak
China akan membentuk mekanisme pelaburan dan pengoperasian bagi pembinaan rumah untuk golongan yang berpendapatan rendah. Demikian dinyatakan oleh Baib Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar dan Desa, Qi Ji di Beijing hari ini.

Beliau berkata, pada tahun ini kerajaan pusat dan tempatan akan memperuntukkkan 1.3 trilion yuan RMB untuk menbina dan mengubahsuai 10 juta unit rumah jenis ini di seluruh negara. Di samping itu, kerajaan juga akan melaksanakan dasar keutamaan untuk menggalakkan dan menarik syarikat-syarikat menyertai projek pembinaan rumah sewaan awam.

Ketua Pengarah Jabatan Jaminan Perumahan Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar dan Desa, Feng Jun turut berkata, kerja penyusunan undang-undang jaminan rumah sedang dijalankan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China