Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan semalam secara rasmi melantaik Naib Menteri Luar, Takeaki Matsumoto sebagai Menteri Luar baru dengan menggantikan Seiji Maehara yang baru meletakkan jawatan. Selepas upacara angkat sumpah di Istana Diraja, Takeaki Matsumoto mulai menjalankan tugasnya. Pihak media berpendapat, Takeaki Matsumoto dilantik sebagai Menteri Luar menandakan kerajaan Naoto Kan mengambil berat kekonsistenan dasar luarnya.
Dimaklumkan, sebagai Menteri Luar baru, Takeaki Matsumoto akan menghadiri Sidang Menteri Luar Kumpulan Lapan di Paris pada 14 bulan ini dan Sidang Menteri Luar China, Jepun dan Republik Kroea di Kyoto pada 19 bulan ini. Selepas itu, beliau juga akan menghadiri Sidang Suruhanjaya Perjanjian Jaminan Keselamatan Jepun-Amerika Syarikat pada bulan Mei nanti. Beberapa sidang ini dianggap sebagai ujian terhadap kemampuan diplomatik Matsumoto.
Dengan pergelutan yang sengit antara pelbagai parti politik Jepun, Takeaki Matsumoto sentiasa mengambil sikap berkecuali. Penganalisis berpendapat, sikap yang diambilnya itu mungkin akan memberi harapan kepada dasar luar Jepun yang menghadapi banyak kesukaran. Namun, ada juga yang berpendapat, Takeaki Matsumoto tidak berpengaruh luas dalam Parti Demokratik dibanding dengan Seiji Maehara, sikapnya memastikan beliau akan meneruskan strategi diplomatik yang ditetapkan sebelum ini.
Sekarang, Parti Demokratik menghadapi pelbagai cabaran dalam dasar luar dan hal ehwal dalam, dan pemerintahannya telah bergoyang. Tambahan lagi, hubungan Jepun dengan Amerika Syarikat, China dan Rusia terus menjadi buruk, sehingga kadar sokongan terhadap pemerintahan Parti Demokratik pula menurun ketara. Oleh itu, bagaimana membaikpulih hubungannya dengan negara tersebut menjadi tugas yang utama bagi Menteri Luar Jepun.