Cari:
Wu Bangguo: Matlamat Pembangunan Sistem Perundangan Sosialis yang Bercirikan China Tercapai
2011-03-10 11:28:39 CRI Cetak

Matlamat pembangunan sistem perundangan sosialis yang bercirikan China sudah tercapai pada Tahun 2010. Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatakuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), Wu Bangguo semasa membentangkan laporan kerja Jawatakuasa Tetap NPC pda Sidang Tahunan yang diadakan di Beijing hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 236 undang-undang, lebih 690 peraturan pentadbiran dan 8600 peraturan tempatan diperkenalkan dan dilaksanakan di China sehingga hujung tahun 2010.

Beliau berkata, NPC akan berusaha mendengar suara dari golongan rakyat dalam kerja perundangan supaya menjalankan kerja ini secara saintifik dan demokratik.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China