China akan terus membaharui mekanisme kadar tukaran RMB, dan meningkatkan keanjalan kadar itu secara berperingkat-peringkat.
Demikian dinyatakan oleh Gabenor Bank Rakyat China, Zhou Xiaochuan di Beijing hari ini.
Menurut beliau, Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi bulan Disember tahun lalu serta bulan Januari dan Februari tahun ini, masih agak tinggi. Namun, kadar inflasi dijangka kekal stabil.
Beliau berkata, dasar kadar tukaran asing bukanlah satu-satunya alat untuk mengawal inflasi. Dasar kadar faedah juga akan diamalkan sebagai satu alat yang penting untuk mengekang inflasi walaupun kadar faedah yang terlalu tinggi mungkin akan mengakibatkan pengaliran masuk modal yang berlebihan.