Cari:
Sistem Perundangan Sosialis yang Bercirikan China Terbentuk
2011-03-11 14:52:53 CRI Cetak

(Wu Bangguo)

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC), Wu Bangguo dalam sidang tahunan NPC yang sedang berlangsung di Beijing semalam mengumumkan bahawa setakat penghujung tahun 2010, China telah menggubal undang-undang sebanyak 236 buah, lebih 690 buah peraturan pentadbiran dan lebih 8,600 buah peraturan tempatan. Sistem perundangan sosialis bercirikan China yang berdasarkan Perlembagaan sudah terbentuk. Wu Bangguo berkata,

"Demokrasi sosialis perlu dimaktubkan dalam undang-undang supaya sistem ini tidak akan berubah kerana silih berganti pemimpin kerajaan atau perubahan pandangan dan prihatin pemimpin. Undang-undang yang digubal mesti dipatuhi, dan sebarang tindakan yang melanggar undang-undang mesti dihukum."

Dulunya sistem undang-undang di China tidak lengkap, tetapi sekarang sistem undang-undang semakin sempurna yang merangkumi pelbagai bidang seperti ekonomi, sosial dan hidup rakyat.

Warganegara bukan sahaja menjadi pihak yang dilindungi oleh undang-undang, mereka juga dialu-alukan mengambil bahagian dalam penggubalan dan pemindaan undang-undang. Pada 27 September tahun 2005, sidang testimoni mengenai kadar cukai pendapatan indivitu diadakan di Beijing. Ini merupakan sidang testimoni yang pertama diadakan NPC mengenai penggubalan undang-undang. Akauntan dari Jiangsu, Xu Mingfu ketika meninjau kembali pengalamannya dalam sidang testimoni itu berkata,

"Badan penggubalan undang-undang tertinggi di China boleh duduk bersama dengan orang awam untuk mendengar suara mereka, memang luar sangkaan. Saya berasa amat terharu."

Selain bidang tersebut, mengemaskan dan mengehadkan kuasa kerajaan juga menjadi kandungan utama dalam memelihara hak dan kepentingan rakyat. Pada tahun 1987, petani dari provinsi Zhejiang, Bao Zhengzhao mendakwa kerajaan kaunti di mahkamah. Hal ini menjadikan beliau menjadi orang pertama yang mendakwa kerajaan di China. Dua tahun kemudian, penguatkuasaan Undang-undang Litigasi Pentadbiran telah memulakan zaman baru yang membolehkan individu China mendakwa kerajaan. Sehubungan dengan perkara ini, Ketua Institut Pengajian Ilmu Perundangan Akademi Sains Sosial China, Li Lin berkata,

"Mengemaskan kuasa pentadbiran kerajaan dan melindungi hak individu akan menjadikan masyarkat kita lebih sempurna, hak dan kepentingan individu dapat dipelihara dengan lebih baik, kuasa kerajaan akan dijalankan dalam lingkungan yang ditetapkan oleh undang-undang. Dengan berbuat demikian, masyarakat dan negara yang ditadbir di sisi undang-undang ditubuhkan."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China